Followers

Peristiwa Dec 2014

Dah lame sejak cuti hari tu aku xsempat update blog ni..aku sempatla balik klate bercuti.
Musim tengkujuh melanda tahun ini. Tahun ini Kelantan antara negeri yang terburuk dilanda banjir. Air melanda dengan cepat di negeri Kelantan. Hampir2 kelantar diisytiharkan darurat. Bekalan air dan elektrik terputus. Begitu juga dengan hubungan luar, turut terputus.

aku balik klate sebelum banjir melanda. Apabila beberapa hari, hujan mulai turun xberhenti. Air mulai naik perlahan2. PAsir mas mulai dilanda banjir. Air boleh mencecah dada. Rumahku air naik sampai di parking kereta. Arus air begitu laju dan air naik dengan begitu cepat skali. Kami terperangkap. kedai semua tutup. bekalan air turut tiada. Nasib baik rumah kami ada perigi. DApatla mandi dan memasak. Terdapat gak sikit bekalan air bersih utk dimasak Bekalan makanan turut cukup. Sepanjang hari aku asyik tido, makan, tido, mkn..

selama 1 mgg berada di kelantan tanpa pergi ke mana2. selepas 1 minggu, air mulai surut. Bantuan luar mulai datang. Ramai yang mula membersihkan tempat kediaman, kedai2. Aku juga singgha di KB Mall. tp xbyk kedai yang buka. bekalan air juga tiada.

Aku juga tidak dapat attend meeting pengurusan yang sepatutnya diadakan pada 29 hb-31hb 12/2014..

Beberapa hari kemudian barulah aku pulang ke Terengganu. Ibu dan ayahku demam di kampung. Mak n Ayah xlalu makan. Mungkin demam banjir..Sedih hati melihat ibuku.  Cuti sekolah dipangjangka seluruh negara seminggu lagi. Lega rasernyer..Aku sudah tidak peduikan lagi jawatan yang bakalku sandang pd tahun depan. Aku lebih memikirkan keadaan keluargaku skg. HP ku yg rosak sudah boleh ditunut kembali di Lowyat. Begitu juga dengan mesin jahitku yg dibaiki di Singer. Alhamdulillah..sumernye xperlu berbayar sebab still under warranty.

Penulis : Nila ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Peristiwa Dec 2014 ini dipublish oleh Nila pada hari Thursday, January 1, 2015. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Peristiwa Dec 2014
 

0 comments:

Post a Comment